FOREVER LIVING

FOREVER LIVING

Wednesday, February 29, 2012

Cara nak clearkan nama kita daripada senarai hitam PTPTN


PTPTN merupakan satu pinjaman yang disediakan untuk pelajar2 melanjutkan pelajaran dengan mengikuti bidang masing2. Dah nama pun ‘pinjam’ so memang kena bayar balik la..hehe..

Sesapa yang tak nak nama dia disenarai hitamkan oleh pihak imigresen silalah cepat2 membuat pembayaran setiap bulan,atleast bayar sikit pun jadilah,,jgn tak bayar lansung,,kalau tak jadilah cam aku,,dah kena blacklist oleh pihak imigresen..hu3..dah tak boleh nak ke luar Negara dah..=(

Tp disebabkan aku nk p honeymoon kat Bali so nak taknak aku tepaksa clearkan nama aku..apa yang aku buat:

  1. Pergi ke pejabat PTPTN ..aku p kat KL Sentral
  2. Pergi kat department senarai hitam,then dia akan bg borang dan maklumat apa yang perlu kita kena buat..Time kat situ gak kita akan berbincang tentang pembayaran untuk permulaan dan jugak commitment kita setiap bulan..time kat part ni kena pandai buat rayuan,,memula aku disuruh bayar RM2000,,tp aku cakapla aku baru pas kawen bnyak dah pakai duit,,then aku cakap mintak bayar RM1000 dulu n commitment setiap bulan RM200..then dia pun setuju..
  3. Then next step kena p bank untuk buat SI (Standing Instruction).. kiranya cam perjanjian kita ngan PTPTN yang kita akan membuat pembayaran setiap bulan melalui bank..(aku buat kat maybank..ada kat dalam KL Sentral tu jugak.
  4. Then p balik kat PTPTN bg slip SI tadi and bayar RM1000 tu..dalam masa 7hari bekerja nama kita akan clear..senang je kan..

Alhamdulillah,,nama aku pun dah clear dari blacklist dan passport aku pun dah siap..yahooo...insyaALLAH impian aku nak ke Bali pada 23 March 2012 dah boleh tercapai..yeahhh...tak sabar rasanya..sangat2 excited taw salah satu sbbnya proses aku nak wat passport bukan senang cam orang lain,,kena lalui kesusahan dulu,,tp tu pun kesusahan yang aku cari sendiri..haha..apepn tahniah untuk aku and thank u so much kat my husband yang sudi membantu aku...i love u so much..mmmuahh..=)

10 comments:

  1. salam.. saya pon ada masalah cam anda.. boleh tak gtau camner nak wat SI nie.. saya pening skit sebab PTPTN bg jadual bayaran saya camnie...

    Tahun pertama : RM100 x 12 bulan
    Tahun kedua : RM150 X 12 bulan
    Tahun seterusnya : RM200 x 34 bulan

    dengan jadual di atas saya taktau camna nak isi borang SI maybank.. tolong, saya betol2 perlukan bantuan sbb pekerja maybank sendiri bila saya tnya diorg buat blur2... saya perlu fly ke UK untuk sambung study.. nie email saya, scorpiries2004@gmail.com harap bleh reply yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry baru terbaca..macam mana plak orang maybank tu boleh blur2 plak??hurmm sian kat awak..okay,,kalo awak nak senang awak pegi mybank kat kl sentral...kat situ diorang tau...sbb ptptn pun ada kat situ..mb diorang pun dah biasa n paham nak buat SI untuk ptptn...

      Delete
  2. assalamualaikum...saya juga ada adalah antara ribuan yang kena senarai hitam...saya tak pernah bayar selama 12 tahun..hutang terkumpul campur ngan interest dah mencecah rm26000.00. soalannya..kalau nak clearkan nama aku ni..agak agak berapa bayaran paling minimum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena g ptptn dulu.. nanti dia bgtau tunggakan. boleh bayar baki tu guna kwsp acc 2..

      Delete
  3. salam.. nak tanya lah.. kalau kita hutang sampai 20 lebih ribu.. utk clearkan nama dari blacklist, brapa agak2 dia mintak kita bayar?

    ReplyDelete
  4. masa bayr tuh ader x skalikan ngan surat rayuan? ke just bayar rm1000 ngan SI jer..mntak pecerahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. time sy dulu kita tak perlu buat surat rayuan,time kat ctu ada seorang pegawai yang akan uruskan bhgn rayuan,borang tu dia yg sediakan..tp taktau prosedur terbaru..

      Delete
  5. Memang kene bayar dlm amaun ribu ke utk clear nama? Takde murah lg?

    ReplyDelete
  6. saya nak keluar negara ada sekatan dan passport nak renew so apa perlu saya buat..pm 0133523036

    ReplyDelete

sila tanya n share dengan saya...=)